Berita Terkini
recent

Selalu Gagal Beli Tiket Konsert Sendiri

Penyanyi TaeYeon sukses mengadakan konsert solonya bertajuk, Pesona, di Olimpik Hall di Seoul, pada 12 Mei lalu.

Tidak hanya tampil memukau dengan sederet lagu hits, ketua kumpulan Girls Generation ini juga sempat berkongsi cerita dan pengalaman unik yang dilalui menjelang konsert.

Salah satu pengalaman unik yang selalu TaeYeon ialah dia berusaha membeli tiket konsert solonya sendiri.

Dedah pelantun "Fine" itu, malangnya dia selalu gagal kerana kehabisan tiket.

"Saya selalu berusaha membeli tiket konsert saya sendiri. Saya cuba untuk membeli kerana ingin merasai sendiri bagaimana sukarnya peminat mendapatkannya kerana ramai peminat meminta saya mengadakan konsert yang lebih besar.

"Jadi saya cuba membeli setiap konsert solo saya, termasuk konsert yang ini.

"Tapi saya selalu gagal. Sebenarnya saya selalu berfikir yang telefon saya rosak.

"Jadi saya ingin berterima kasih pada kamu semua yang rela bersusah payah mendapatkan tiket untuk sama-sama berada di sini," tutur TaeYeon.

Sementara itu, Tae Yeon akan mememulakan konsert jelajah Asia tidak lama lagi di beberapa negara Taipei, Bangkok dan Hong Kong. Sama seperti di Korea, konsert tiket hitmaker lagu 11:11 ini pun sudah laris terjual dalam tempoh beberapa minit.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.