F ‘Saya ingin jaganya secara sah’ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

‘Saya ingin jaganya secara sah’

Seorang pekerja kilang di Pasir Gudang di sini buntu memikirkan masa depan anak angkatnya kerana gagal mengesan waris kanak-kanak berusia 6 tahun itu.

Mohd Syafiq Iberahim, 30, berkata usaha mencari waris Muhammad Hazraeil Danny bertujuan membantu urusan dokumentasi pengambilan kanak-kanak itu selain melancarkan proses kemasukan ke sekolah kelak.

Menurutnya, dia dan ibu kanak-kanak itu hanyalah kenalan biasa dan mengenali wanita itu sebagai Ina Saridi warganegara Indonesia yang dimaklumkan tidak mempunyai dokumen sah menetap di negara ini.

“Apabila dia lahirkan anaknya, dia tak tahu nak uruskan walaupun berusia 24 tahun.

"Dia minta saya jaga bayi ini dan berjanji akan datang cari saya kemudian untuk mengambilnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Syafiq yang menjaga Muhammad Hazraeil sejak usia sebulan berkata sehingga hari ini, Ina tidak muncul malah dia yang memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa selain memberi kasih sayang dan menyekolahkan kanak-kanak itu seperti rakan seusianya.

“Saya tak ada sebarang maklumat siapakah ayah bayi ini, selain usaha menjejak Ina di alamat terakhirnya di Jalan Ros Peringkat 1, Cahaya Baru Pasir Gudang juga gagal.

“Saya kasihan nasib anak ini selain sayangkan dia dan ingin menjaganya secara sah,” katanya.

Dia berharap dapat menyelesaikan masalah dokumentasi pengambilan anak angkat ini dengan segera apatah lagi anaknya bakal memasuki tahun 1, Januari depan.
InstaForex
Powered by Blogger.