F Sasqia Dahuri: Saya puas jadi jahat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sasqia Dahuri: Saya puas jadi jahat

KERAP menerima watak antagonis, pelakon berbakat, Sasqia Dahuri mengakui tidak takut dilabel sebagai stereotaip. Katanya, setiap watak hitam yang diterima mampu membina karakter berbeza dalam setiap lakonannya.

“Saya memang suka berlakon. Tapi, saya jadi pelakon bukan hanya untuk mengejar glamor semata-mata. But, it’s more passionate.

“Jujurnya, saya memang suka dengan watak jahat. Saya rasa puas,” katanya pada Media Hiburan.


Bagaimanapun, selebriti berusia 32 tahun ini bukanlah bersikap cerewet sebaliknya menginginkan sesuatu karakter yang benar-benar meninggalkan kesan.

“Saya bukan memilih watak, tapi apa yang saya mahukan adalah sesuatu karakter yang orang akan ingat sampai bila-bila.

“Biarlah orang tak ingat nama saya pun. Tak apa, saya tak kisah.

“Bagi saya, sangat bagus bila orang kenal saya kerana bakat lakonan yang ada. Itu buatkan saya lagi terkesan,” katanya.

Malah, pelakon drama Lara Aishah ini mengakui tidak pernah sekalipun dikecam peminat walaupun selalu membawakan watak jahat sekali gus membuatkan penonton geram.

“Bila bawa watak jahat, tak semestinya kita kena menjerit, pukul orang sana sini sebaliknya macam-macam cara kita boleh buat. Ada juga watak antagonis yang memerlukan kita nampak suci baik, tapi sebenarnya dengki dengan orang lain.

"Dan...kalau penonton kecam saya, itu tandanya saya berlakon bagus. Jadi, saya sepatutnya bergembira dan bukan bersedih. Lagipun sekarang ini, semua penonton dah bijak dan boleh menilai,” katanya.

Mahu mengacara

Tidak hanya berlakon, Sasqia juga bercita-cita menceburi bidang pengacaraan. Bahkan, pelakon Cik Bunga Encik Sombong ini mengakui teringin mengasah bakat sebagai pengacara menerusi pembabitannya dengan pelbagai syarikat korporat.

"Sebenarnya, saya berniat untuk menjadi pengacara sedari awal saya masuk industri hiburan. "Tapi, saya masih tiada peluang lagi.

"Dan...saya rasa sebagai artis inilah peluang terbaik untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat," katanya.

Pada masa sama, Sasqia juga lebih bersifat terbuka untuk berjumpa dan melayan orang ramai.

"Privasi itu masih ada, tapi sekiranya ia adalah masa terluang untuk melayan peminat, jadi apa salahnya.

"Bagi saya, hanya ketika itu mereka (peminat) berpeluang berjumpa dengan artis pujaan, jadi kita layankan saja," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Alif Imani  ini juga baru sahaja melancarkan koleksi rayanya sendiri dengan kerjasama jenama Shasya Habib.

"Ini adalah yang pertama saya tampil dengan koleksi shawl. Awalnya, kami nak came out dengan rekaan kasual, tapi memandangkan lebaran semakin tiba, jadi why not kita tampil dengan koleksi raya.

"Sebelum ini, saya juga mempunyai jenama wangian sendiri dan bakal memasarkannya di Singapura," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sasqia bakal muncul dalam drama bersiri Ops Cinta Din Sardin dan Jurnal Suraya.
InstaForex
Powered by Blogger.