F Sajat Dianugerahkan Tokoh Persilatan Srikandi Negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sajat Dianugerahkan Tokoh Persilatan Srikandi Negara



Pengusaha produk kecantikan yang semakin dikenali, Nur Sajat telah menerima Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara beberapa hari yang lalu.

Walaupun Sajat sering dikritik dan dikecam oleh segelintir netizen yang menuduhnya sebagai transgender atau maknyah, namun perkara itu tidak membuat dia untuk mudah melatah dengan kata-kata pedas yang dilemparkan.

Sebaliknya, kritikan itu menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang diimpikan.

Hasil usaha kerasnya itu, Sajat telah dianugerahkan Selempang Tokoh Srikandi Tun Puteh Oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Anugerah yang diterima ini telah berlangsung di JW Marriot Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bersempena Majlis Santapan Di Raja dan Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara.

Majlis ini telah diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan wanita daripada seluruh negara dalam pelbagai bidang yang membawa kepada perubahan dan kesejahteraan rakyat dan juga negara.

Sajat telah berkongsi beberapa keping gambar pada malam anugerah tersebut di akaun instagram miliknya. Salah satu gambar yang dikongsikan telah menarik perhatian ramai di mana dia telah berkongsi gambar bersama ibu dan bapaberserta kapsyen luahan hati dan rasa syukur di atas anugerah ini.

"Mak ayah sajat sentiasa menemani sajat kemana sahaja..Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan sajat hingga ke hari ini...biar lah orang di luar berkata apa apa sekali pun pada sajat,cuma yang faham sajat adalah mak dan ayah sajat..kerana kelahiran sajat (khunsa) adalah rahsia mereka..sajat akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nursajat,kerena ujian Nursajat kena kuat walaupun apa pun berlaku...yang penting mak dan ayah sentiasa bersama dengn sajat dan doa mereka yang sajat perlukan..terima kasih mak dan ayah..kerana melahirkan sajat..sajat tak pernah marah apa yang berlaku pada sajat...segala kecacatan sajat ini..sajat terima dengan redha..anugerah TUN PUTIH INI BUAT MAK DAN AYAH...sajat sayang mak dan ayah...biar lah kat luar tu nak kata apa pada sajat,yang penting mak ayah tahu sajat siapa..amin"
ot;1" />
Powered by Blogger.