F Saharul Ridzwan tukar nama atas nasihat ustaz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan tukar nama atas nasihat ustaz

1. NAMA sebenar Mohd Shaharul Rizdzwan Hashim dan lebih dikenali sebagai Saharul Ridzwan.

2. Seorang pelakon dan juga model.

3. Dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat, Kelantan.


4. Mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.


5. Finalis Hero Remaja 2012 dan merangkul tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut.


6. Filem pertama adalah Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang.

7. Populariti semakin meningkat selepas memegang watak sebagai Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan bergandingan bersama Mia Ahmad.


8. Tukar nama daripada Syarul kepada Saharul atas nasihat ustaz.

9. Menamatkan zaman bujang dengan gadis idaman, Deena Amir September tahun lalu dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.


10. Selain berlakon dan model, Saharul juga pernah menjadi pengacara bagi program Aksi pada awal tahun 2014.

ot;1" />
Powered by Blogger.