Berita Terkini
recent

Rusia sedia kerah tentera darat

Sumber tentera Syria, kelmarin mendedahkan Rusia menyatakan kesediaannya menghantar tentera darat bagi membantu rejim Presiden Bashar al-Assad dalam memerangi Daesh di negara itu.

Menurut sumber tersebut, unit khas dari Moscow bersedia untuk dikerah di kawasan di mana pertempuran sengit tercetus antara tentera kerajaan dan Daesh.

"Pelan aspek teknikal telah dibuat dan akan dilaksanakan sebaik sahaja Syria membuat permintaan rasmi dan Presiden Vladimir Putin mengeluarkan perintah," jelasnya.

Minggu lalu, agensi berita Sputnik memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan di Majlis Persekutuan, Viktor Ozerov melaporkan Moscow tidak akan teragak-agak untuk membekalkan sistem pertahanan udara kepada Damsyik jika perjanjian dua hala dicapai.


Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Bashar memberitahu Damsyik dan Moscow terlibat dalam rundingan untuk menempatkan sistem antipeluru berpandu itu di Syria.

"Damsyik sentiasa berminat dengan kelengkapan ketenteraan generasi terkini, namun ia bergantung kepada keupayaan untuk mengakses sistem dan polisi Rusia seperti harga serta pembekal," katanya.

Awal bulan lalu, akhbar Rusia, Izvestia melaporkan penempatan tentera darat itu bertujuan untuk memulihkan keselamatan di kawasan didiami penduduk Kristian ketika operasi antikeganasan akan datang yang menyasarkan wilayah Hama.
Powered by Blogger.