F Rezeki Ezzaty | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Rezeki Ezzaty

PELAKON Ezzaty Abdullah gembira hasratnya untuk menimang cahaya mata lebih awal terlaksana apabila dia kini disahkan hamil 10 minggu.

Ezzaty, 27, ketika dihubungi berkata, dia sendiri tidak menyangka sudah hamil kerana tidak ada tanda-tanda ke arah itu sebelum ini.


"Jika diikutkan saya mahu hamil selepas saja berkahwin, namun belum rezeki sehinggalah saya dan suami mengerjakan umrah pada Januari lalu. Ketika itu juga masih tiada tanda dan rezeki untuk kami," kata isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini.

Bercerita mengenai keadaan dirinya, Ezzaty berkata, setakat ini dia tiada sebarang alahan atau mabuk teruk seperti wanita hamil yang lain.

"Setakat ini saya masih boleh bekerja seperti biasa, cuma kadang-kadang apabila cuaca terlalu panas saya rasa tidak selesa dan perut akan menjadi kejang. Bagaimanapun, kata doktor itu hanya perkara biasa bagi wanita hamil seperti saya.

"Saya kini memperlahankan aktiviti seni dan hanya terbabit dengan penggambaran telefilem saja kerana ia tidak mengambil masa yang lama," katanya.

Ezzaty berkata, selepas Aidilfitri dia akan menghabiskan penggambaran sebuah filem berikutan sudah lama mengikat kontrak dan selepas itu dia akan berehat hingga bersalin.
InstaForex
Powered by Blogger.