F Rezeki Dapat Rakam Semula Sajadah Ka'bah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Rezeki Dapat Rakam Semula Sajadah Ka'bah

Penyanyi Rahmad Mega menganggap peluang merakamkan semula lagu ciptaan komposer dari Indonesia berjudul Sajadah Ka'bah sebagai rezeki.

Memetik laporan Utusan, Rahmat berkata, selama ini beliau mencari lagu berbentuk keagamaan dari komposer tempatan tetapi tiada yang tampil menghasilkan lagu yang sesuai untuknya.

Lagu tersebut, jelas Rahmad, telah dirakamkan oleh allahyarham Deddy Dores dua tahun lepas, seorang penyanyi lelaki popular di seberang yang juga pelantun lagu Jangan Pisahkan duet bersama Mayang Sari.

Bagaimanapun, kata Rahmad, lagu tersebut tidak dipasarkan kerana kesukaran   untuk mencari penyanyi wanita yang sesuai untuk menjadi rakan duet.

"Sajadah Ka'bah bukanlah sebuah lagu biasa kerana pencipta lagu itu ialah seorang mualaf yang pernah menganut agama Kristian Ortodox.

"Selepas dia memeluk agama Islam, dia ke Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kalinya dan dipendekkan cerita, ketika dia bersujud di hadapan Kaabah, tiba-tiba sejadah jatuh di atas dahi beliau," katanya.

Sajadah Ka'bah tegas Rahmad, dinyanyikan dengan nawaitu yang ikhlas dan jika niat menyampaikan lagu tersebut terpesong maka ia akan menjadi projek yang gagal.

Rahmad juga berkata, lagu itu yang dimuatkan ke dalam sebuah album, Cahaya Dari Kaabah 3 dan akan dilancarkan pada 17 Mei (hari ini) sempena memperingati tarikh Deddy Dores pulang ke rahmatullah.

Turut diadakan sebuah persembahan istimewa, Konsert Tribute To Deddy Dores bertempat di Albero, Jakarta. Selain Rahmat, turut menjayakan konsert malam esok ialah Endang S. Taurina, Imaniar, Ammy Fara (D'Academy Asia 2), Ratih Purwasih, Agi Dores dan ramai lagi.
ot;1" />
Powered by Blogger.