Berita Terkini
recent

Reunion Damasutra, Baggio harap ada pihak sudi taja album baru

Vokalis kumpulan Damasutra, Baggio menganggap perjalanan kerjaya seni bersama kumpulan yang cukup dikenali menerusi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimp dan Sufi suatu ketika dahulu itu sebagai sesuatu yang cukup manis untuk dikenang.

Melihat kepada kecenderungan ramai penyanyi era itu yang kembali membuat kemunculan semua di persada dunia muzik tanah air, Baggio mengakui turut mempunyai hasrat yang serupa.

“Ramai yang tanya kenapa Damasutra tidak tampil membuat reunion sebagaimana beberapa band yang lain, namun kami sebenarnya telahpun berbuat demikian menerusi beberapa persembahan seperti di Hard Rock CafĂ© Melaka dua tahun lalu dan persembahan malam tahun baru di Ipoh pada tahun lepas.

“Cuma untuk untuk kembali bersatu dalam sebuah album itu mungkin belum masanya kerana bagi saya ia memerlukan perancangan yang rapi dan bukan dilakukan semata-mata kerana mengikut orang lain.

“Jadi sekiranya ada pihak yang sudi membantu dan menaja kami membuat album baru, mungkin ia lebih baik buat kemunculan semula kami dalam industri,” katanya berterus-terang.

Menurut Baggio, walaupun tidak lagi bersama dalam satu kumpulan, namun mereka masih lagi saling berhubung sebagai seorang sahabat dan saling berkongsi perkembangan terkini mereka.

“Sebenarnya Damasutra tidak pernah berpecah, sebaliknya kami hanya membawa haluan masing-masing selepas berdepan masalah dengan syarikat rakaman ketika itu.

“Alhamdulillah semua anggota asal Damasutra masih ada dan kami sentiasa berhubung meskipun ia tidak melibatkan soal kerjaya.

“Jadi jika ada peluang untuk kami kembali bersatu seperti dulu, kami tidak berdepan dengan sebarang masalah mahupun isu,” ujarnya.

Tambah Baggio lagi, meskipun tidak bersama Damsutra, dia masih lagi aktif menyanyi sehingga kini, malah baru sahaja tampil dengan single terbarunya, Taman Syurga.

“Mungkin ramai yang tidak tahu saya masih lagi menyanyi sehingga sekarang, cuma selepas tidak lagi bersama Damsutra saya lebih selesa tampil secara solo.

“Sebelum ini saya pernah tampil dengan single Hujan Pelangi (2014) dan terbaru menerusi Taman Syurga.

“Malah sebelum itu, saya juga pernah terlibat dengan projek istimewa yang menyaksikan gabungan bersama beberapa vokalis kumpulan lain menerusi dua album kompilasi iaitu Trilogi dan Penangan Rock,” katanya yang juga aktif sebagai pelakon.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.