Berita Terkini
recent

Rekod Swafoto Oscar Ellen 'Dicaras' Tweet Minta Nugget Ayam

Pintaan seorang lelaki supaya diberikan nugget ayam percuma menarik 3 juta retweet, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh selebriti Hollywood, Ellen DeGeneres.

Menurut BBC, Carter Wilkerson membuat permintaan 'mengarut' berkenaan kepada akaun Twitter rangkaian makanan, Wendys 5 April lalu.

Semalam, tweet oleh Carter berjaya menarik 3,490,249, memecahkan rekod Ellen untuk tweet swafoto selebriti Hollywood pada Anugerah Oscars pada 2014.

Selepas Carter mendapat sokongan berjuta-juta pengguna Twitter, Wendys akhirnya bersetuju untuk memberikan bekalan nugget ayam selama setahun kepada pemuda berkenaan.

Selain itu, Wendys berjanji akan menderma sebanyak AS$100,000 (RM434,700) kepada organisasi kebajikan atas nama Carter.

Selain Wendys, terdapat beberapa rangkaian, syarikat global dan selebriti memberikan respon terhadap tweet Carter.

Apple Music, Microsoft, Amazon, Google malah Twitter sendiri retweet tweet yang dimuatnaik oleh Carter.

Tweet oleh Ellen DeGeneres pada 2014 yang menarik 3.2 juta retweet.Tweet oleh Ellen DeGeneres pada 2014 yang menarik 3.2 juta retweet.

Ellen pula 'mengecam' tindakan Carter mecahkan rekod beliau dalam sebuah episod rancangnnya.

"Hentikan sekarang. Saya berusaha keras untuk mencipta rekod, dan dia (memecahkan rekod) dengan hanya meminta nugget?" kata Ellen sambil tertawa.

Tweet dari Ellen sebelum ini menarik 3.2 juta retweet.
Powered by Blogger.