Berita Terkini
recent

Rakam semula Hancur Aku

Tentu ramai yang tahu lagu Hancur Aku dinyanyikan kumpulan Estranged dan Fazura. Lagu yang dimuatkan dalam album Estranged, Sepenuhnya dilancarkan tahun lalu, menampilkan Fazura sebagai kemunculan istimewa.

Tapi Cik Pang dapat tahu, kumpulan popular dari Indonesia, Nidji turut merakamkan lagu itu dan dimuatkan dalam album terbaru mereka, Love, Fake & Friendship yang menampilkan 12 lagu.

Cik Pang belum berpeluang mendengar lagu versi Nidji yang diangotai Giring, Rama, Andro, Ariel, Randy dan Adri. Tapi Cik Pang ada berita gembira buat peminat kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 dan dikenali menerusi lagu Hapus Aku, Biarlah dan Laskar Pelangi itu.

Cik Pang dapat tahu mereka akan datang ke Kuala Lumpur menjayakan siri jelajah di Malaysia.

Paling menggembirakan, mereka akan muncul dalam Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung menerusi TV3 malam ini.

Cik Pang tidak pasti pula adakah mereka akan menyanyikan lagu Hancur Aku. Mereka juga akan muncul dalam satu persembahan khas sempena pelancaran album baru di Johor Bahru.

Bagi yang ingin menyaksikan persembahan Nidji di Joox Live Bersama Nidji di Hall 3, Kilang Bateri, Johor Bahru, tiket berharga RM80 boleh dibeli melalui laman tiket jooxlivenidji.peatix.com ataupun di cawangan terpilih CD Rama di (Sunway Putra Mall, HARRIS AEON Tebrau City Shopping Center, Johor Bahru City Square.

Tiket juga boleh dibeli terus di Bateri Merchandise Store (Red Contena) di Kilang Bateri. 200 pembeli pertama akan turut mendapat CD album terbaru Nidji.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.