F PitBull Minta Maaf Terpaksa Batal Konsert di Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

PitBull Minta Maaf Terpaksa Batal Konsert di Malaysia

Impian peminat di tanah air untuk menyaksikan konsert penghibur terkenal antarabangsa, PitBull terpaksa dilupakan kerana konsert yang diberi nama Pitbull Climate Change Tour in Malaysia 2017, batal.

Penganjur IME Productions menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 16 Mei 2017, jam 8 malam di Sunway Lagoon Surf Beach itu tidak akan dilaksanakan atas sebab masalah konflik jadual penyanyi tersebut.

Menurut kenyataan, PitBull juga meminta maaf kepada peminat atas pembatalan konsertnya dan berharap beliau dapat dapat dan menghiburkan peminat di Asia pada masa akan datang.

Para peminat yang sudah membeli tiket boleh menuntut semula wang mulai 15 May ini (bermula jam 10 pagi) sehingga 16 Jun 2017 menerusi TiketCharge.

Maklumat lanjut, layari, http://www.facebook.com/imeasia
ot;1" />
Powered by Blogger.