F Permintaan Gila Justin Bieber | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Permintaan Gila Justin Bieber

Penyanyi sensasi Justin Bieber dilaporkan bakal mengadakan konsert di India buat pertama kalinya.

Namun apa yang menjadi bualan hangat, pelantun lagu Love Yourself itu dikatakan telah membuat beberapa permintaan dan harus disediakan oleh pihak penganjur sebelum bintang berasal dari Kanada itu beraksi dan menghiburkan peminat di konsertnya tersebut.

Seorang pengamal media India, Arjun S. Ravi, telah mendedahkan senarai permintaan Bieber, di laman sosial Twitter. Dalam kenyaatan tersebut menyebut Bieber meminta kemunculannya nanti harus diiringi dengan 10 buah kereta Sedan mewah, 2 biji bus Volvo dan sebuah kereta Rolls Royce yang khusus untuk dirinya.

Bukan setaka itu, bekas kekasih Selena Gomez ini juga meminta disediakan jakuzi untuk bersantai sebelum tampil di atas pentas. Dia juga mahukan sekurang-kurangnya 10 buah kontena yang di dalamnya lengkap dengan kelengkapan seperti meja pingpong, set sofa, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, meja urut.



Memetik laporan Hindustimes, Bieber bersama produksinya akan menginap di sebuah hotel bintang lima. Kamarnya yang seluas 300 meter persegi itu akan diubahsuai bagi memenuhi keinginan penyanyi itu. Dindingnya akan dicat dengan warna ungu, iaitu warna kegemarannya.

Justin Bieber juga harus dilayani seorang tukang masak yang handal yang akan memasak lima hidangan untuknya selama 4 hari. Hidangan tersebut harus diberi nama sempena lagu-lagu popularnya.

Pihak penganjur juga diminta menyediakan jet peribadi dan helikopter yang sentiasa bersiap sedia untuk melakukan penerbangan pada bila-bila masa yang Bieber inginkan. Tapi pelik, Bieber berpesan jangan ada bunga lili selama dia berada dia berada di hotel penginapannya.

Bagaimanapun setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Bieber mengenai berita permintaan gilanya ini.

Justin Bieber dijadualkan beraksi di Stadum Patil Mumbai pada 10 Mei ini. Ini merupakan sebahagian daripada rangkaian jelajah Purpose World Tour sempena promosi album terbaharunya.
ot;1" />
Powered by Blogger.