Berita Terkini
recent

Perkahwinan Janet berakhir

Janet Jackson akhirnya membuka mulut mengenai perpisahannya dengan suami, Wissam Al Mana selepas perkhabaran itu hangat diperkatakan ramai.

Ikon pop itu berkongsi video peribadi di Twitter kelmarin memaklumkan banyak perkara besar berlaku dalam hidupnya termasuk kelahiran bayi lelaki, Eissa yang kini berusia tiga bulan.


Dalam video itu Janet menzahirkan rasa syukur dikurniakan bayi yang sihat, cantik, manis, ceria dan disayangi ramai.

Kira-kira dua minggu lalu, Janet memuat naik foto pertama Eissa di Instagram dengan kapsyen menarik.

Pada masa sama, dia turut mengesahkan perkahwinannya sudah berakhir.

“Saya cuma mahu berterus terang dengan semua orang. Benar, saya sudah berpisah dengan suami. Kes kami sudah dibawa ke mahkamah

dan selebihnya saya berserah kepada Tuhan,” katanya.

Berita perpisahan Janet dan Wissam terbongkar pada awal April lalu dan bintang pop itu dikatakan membeli beberapa apartmen baru di London. Dia turut dilaporkan sudah keluar daripada kediamannya dan bekas suami.

Bagaimanapun, bukan berita sedih itu saja yang dikongsi sebaliknya Janet turut menjelaskan dia akan kembali aktif menyanyi.

Pengakuan Janet disambut gembira pengikut setia yang sudah lama menanti kemunculan semula penyanyi hebat itu.

“Saya akan menyambung semula siri jelajah yang pernah dijanjikan sebelum ini. Saya tak sabar dan teruja mahu bertemu peminat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai siri jelajah itu, Janet memutuskan untuk menukar nama Unbreakable kepada The State of the World Tour.

“Konsert ini berkisar kemanusiaan, keadaan dunia sekarang, hubungan sesama kita dan cinta.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua peminat yang bersabar dan menyokong saya beberapa tahun ini. Saya tak sabar berjumpa peminat bermula 7 September nanti,” katanya.

Pada April tahun lalu, Janet mengumumkan terpaksa menunda konsert jelajah kerana mahu menumpukan perhatian terhadap suami dan bayi dalam kandungan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.