Berita Terkini
recent

Pensyarah buat laporan polis terhadap Hannah

Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM)  membuat laporan polis terhadap Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan kerana bukunya yang bertajuk 'Becoming Hannah: A Personal Journey' dilihat cuba mempengaruhi rakyat Malaysia kepada agama Kristian.

Laporan dibuat di balai Polis Changlun sekitar jam 8.28 pagi tadi oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff  sebagai tindak balas terhadap Hannah Yeoh yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung satu catatan di Facebook Kamarul sendiri pada 10 Mei lalu, bertajuk 'Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP'.

Dr Kamarul Zaman mendakwa, buku terbitan Hannah Yeoh itu cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian supaya menjadi penganut atau cenderong kepada ajaran Kristian berdasarkan petikan dari Bible.

"Saya terkejut apabila buku itu mempunyai banyak cerita dan petikan daripada Bible dan saya rasa buku ini cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian untuk memeluk atau cenderung kepada agama Kristian," katanya menerusi kenyataanya di sini, hari ini.

Katanya,  Hannah Yeoh berkemungkinan melanggar undang-undang berhubung pengembangan Agama Bukan Islam di Selangor.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.