F Peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Padah mengedar dadah, seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini selepas didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada Mac tahun lalu.

Pesuruhjaya kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menetapkan keputusan itu terhadap tertuduh, Hairul Fazli Mokhtar, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis cannabis seberat 879gram, pada 3 Mac 2016, jam 3 petang ketika berada di hadapan Kedai Runcit Toh, Nombor 2 Bawah, Jalan Bukit Treh, di sini.

Terdahulu, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Skukri Hussain manakala tertuduh diwakili peguam bela, Lydiana Mansor.
ot;1" />
Powered by Blogger.