F Pengawal Salman jaga Justin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pengawal Salman jaga Justin

KUNJUNGAN Justin Bieber ke Mumbai bagi menjayakan konsertnya disertai beberapa permintaan termasuk kawalan keselamatan yang ketat.

Oleh itu, individu yang paling layak menjaga keselamatan Justin ialah pengawal peribadi aktor Salman Khan iaitu Shera atau nama sebenarnya Gurmeet Singh Jolly.


Dia antara pengawal peribadi terkenal Bollywood yang pernah menjaga bintang antarabangsa ke India iaitu Will Smith, Jackie Chan, Keanu Reeves, Paris Hilton, Shaggy, Peter Andre, Diana King, Whitfield, UB40 dan Slash.

Menurut Shera, satu penghormatan kepadanya apabila terpilih sebagai pengawal peribadi Justin.

“Saya dipilih ejen antarabangsa. Ini tugasan paling mencabar malah ejen itu sudah menggariskan beberapa panduan yang perlu saya patuhi,” katanya.

Sudah 20 tahun Shera menjaga Salman dan kredibilitinya sukar ditandingi. Dengan rekod cemerlang itu, tidak dinafikan dia pilihan yang tepat untuk melindungi Justin serta bintang Hollywood lain sepanjang berada di India.
InstaForex
Powered by Blogger.