Berita Terkini
recent

Pengawal Peribadi IU Curi Perhatian

Baru-baru ini, pengguna laman sosial sibuk bercerita mengenai pengawal peribadi kepada penyanyi cantik, IU.

Sudah enam tahun lelaki yang dikenali sebagai Mr Park itu berkhidmat sebagai pengawal peribadi penyanyi yang popular dengan lagu Pallet ini, sejak tahun 2012.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa foto yang merakamkan Mr. Park ketika dia sedang menjalankan tugas menjaga keselamatan IU, tersebar di internet.

Antara yang menjadi bualan hangat netizen, salah satu gambar menunjukkan Mr. Park berdiri di belakang IU. Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dan pujian netizen. Lelaki bertubuh tegap itu mempunyai ketinggian kira-kira 20 sentimeter lebih daripada IU.

Sementara itu, baru-baru ini Mr. Park menerusi laman sosial miliknya memuat naik status menyatakan sokongan terhadap album terbaru IU.

"Saya berharap dia boleh melindungi IU untuk jangka masa yang lebih lama lagi," komen seorang netizen.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.