F Peminat Syak Avril Lavigne Sudah Meninggal Dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Peminat Syak Avril Lavigne Sudah Meninggal Dunia

Baru-baru ini kecoh di internet mengenai berita mengenai penyanyi popular Avril Lavigne telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu.

Spekulasi timbul apabila seorang peminat mengungkapkan sebuah teori konspirasi yang menyebutkan Avril telah meninggal dunia pada 2003.

Manakala Avril yang sekarang didakwa sebenarnya seorang pelagak aksi bernama Melissa yang memiliki bentuk fizikal mirip pelantun lagu Sk8er Boi itu.

Memetik laporan Metro UK, Melissa telah menggantikan Avril sejak penyanyi yang popular dengan lagu Complicated itu selesai rakaman album keduanya. Peminat tersebut mendakwa bahwa penyanyi berusia 32 tahun ini mengalami depresi dan kemudian ditemui mati di rumahnya oleh pihak label rakaman.

Syarikat rakaman berusaha untuk menyembunyikan kematian Avril dengan meminta Melissa menggantikan Avril.

Sementara Melissa cuba untuk memdedahkan kematian Avril melalui lirik lagu, rangka promosi dan termasuk gayanya berpakaian. Pada foto promosi album kedua, salah satu gaya Avril menunjukkan tulisan perkataan Melissa tangannya.


Teori ini pernah dipercayai oleh segelintir pihak lantaran terdapat beberapa video yang menunjukkan jika Avril telah digantikan oleh Melissa.

Namun menurut media Gossip Cop, sangkaan peminat tersebut sama sekali tidak benar.

Ini bukan pertama kalinya, Avril dikabarkan telah meninggal dunia. Sebelum ini, bekas isteri Chad Kroeger ini juga pernah dikhabarkan meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ski.

Powered by Blogger.