Berita Terkini
recent

Pelakon XXX buat hal lagi

Kontroversi yang melanda pelakon putih melepak ini bagaikan belum berkesudahan.

Bukan sahaja pernah menimbulkan kontroversi gara-gara penampilannya, pelakon yang sebelum ini bercinta dengan aktor tinggi lampai ini juga pernah menimbulkan kontroversi gara-gara kritikannya pada seseorang sebelum ini.

Terbaru, pelakon ini dikatakan telah menimbulkan masalah di sebuah set penggambaran drama.

Menurut sumber kepada Kakigosip yang juga terlibat dengan penggambaran tersebut, disiplin pelakon ini sepanjang penggambaran agak teruk apabila difahamkan sering tiba lewat di lokasi, bergaduh dengan pelakon lain dan selalu memberi alasan yang tidak masuk akal.

“Bayangkan, call time (masa perlu tiba di lokasi) jam 11 pagi, tapi pernah sehingga jam 3 petang dia belum tiba lagi.

“Dia bukan sahaja timbulkan masalah pada krew, tapi juga pada pelakon lain dan pernah juga bergaduh dengan seorang pelakon sehingga menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa di lokasi," katanya.

Tambah sumber itu lagi, dek kerana masalah yang ditimbulkan di lokasi, pelakon ini juga pernah dimaki jurukamera yang terlalu bengang dengan perangainya.

"Mungkin kerana sudah lama bersabar, jurukamera itu hilang sabar dan beredar dari lokasi.

“Pernah juga dia beri alasan kurang sihat, tapi tup tup... di Instagram upload gambar makan besar.

“Dialog pun sesuka hati dia saja nak tukar, dari dua perenggan jadi dua baris,” katanya.

Difahamkan pelakon tersebut kini sedang menjalani penggambaran drama 26 episod.

Apa pun Kakigosip berharap agar jika dakwaan ini benar maka eloklah mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dapat terus bersemuka dan berbincang dengan pelakon yang dimaksudkan. Industri kita kecil sahaja, pusing-pusing nanti orang yang sama juga kita jumpa.
Powered by Blogger.