Berita Terkini
recent

Nubhan Dapat Anak Perempuan, Pilih Nama Aafiya Kamilia

Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu, Afifah Hidayah Taufek, 28, selamat melahirkan cahaya mata  perempuan kira-kira pukul 9.45 malam Rabu.

Bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negari Sembilan.

Nubhan, 31, berkata, dia dan isteri sepakat memlih nama Aafiya Kamilia kepada bayi sulung berkenaan.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata secara normal malam tadi. Kami berharap zuriat ini membawa bahagia dalam kehidupan kami.

"Doakan bayi kami sihat dan membesarkan dengan baik," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang trend membuka laman sosial, Nubhan berkata, dia masih belum memikirkan untuk membuka akaun instagram bayi berkenaan.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Ogos 2015 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman wanita itu di Seremban.
Powered by Blogger.