Berita Terkini
recent

Nora Akur Pemintaan Suami, Bersedia Berhenti Berlakon

Akur dengan permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dengan sitkom Puteri ini berkata, tindakan yang akan diambil itu bukanlah secara drastik, sebaliknya, secara perlahan-lahan.

"Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.

"Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang," ujarnya.

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, mengulas kenyataan suaminya pada Khamis lalu di laman sosial yang mahu dia berhenti daripada bidang lakonan.

Dia ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Owl By ND di Gaya Koleksi Raya 2017 yang diadakan di Publika di sini, malam Jumaat.

Pelakon ini mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Glass House, dekat sini.

Dalam pada itu, mengulas tentang perjalanan perkahwinan tersebut, Nora berkata, kehidupannya kini lebih bahagia dan sempurna.

"Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu," ujarnya.
Sementara itu, bercakap tentang koleksi jenama pakaiannya, Nora melancarkan sebanyak 21 rekaan koleksi baju kurung sempena Syawal akan datang.

"Tahun lalu kami buat penggambaran di Iceland dan tahun ini kami memilih Amerika Syarikat sebagai lokasi fotografi. Selain, bekerja, kami juga ambil kesempatan itu untuk bercuti bersama keluarga," ujarnya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.