F Model rakam foto bogel atas gunung dikecam Maori | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Model rakam foto bogel atas gunung dikecam Maori

Tindakan biadab seorang model majalah Playboy yang bergambar secara bogel di gunung Taranaki dikecam komuniti Mouri tempatan.

Laporan Telegraph mengatakan, foto tersebut dimuatnaik Jaylene Cook, 25, di laman Instagramnya.

Menurut laman kerajaan New Zealand, warga Maori tempatan menganggap gunung berukuran 8,300 kaki tinggi berkenaan 'mempunyai kekuatan spiritual'.

"Kawah dan puncak gunung adalah kawasan 'suci' Taranaki, batu-batuan adalah tulangnya, sungai-sungai adalah darahnya dan tumbuh-tumbuhan di sekitar adalah pelindungnya dari cuaca. Hormat gunung itu," tulis laman berkenaan.

Ahli sastera dan jurucakap komuniti Maori temaptan, Dennis Ngawhere mengatakan masyarakat Maori 'rasa terhina' dengan tindakan Jaylene.

"Kami cuma minta anda hormat (kepercayaan kami)," kata Dennis.

Datuk Bandar New Plymouth yang terletak berdekatan dengan gunung Taranaki, Neil Holdom berkata warga Maori tempatan hanya mahukan rasa hormat.

"mereka patut tanya diri mereka sendiri, apa perasaan mereka kalau ada orang lain ambil gambar bogel di atas kubur moyang mereka," kata Neil.

Sementara itu, Jaylene mempertahankan tindakannya dan mendakwa 'beliau cukup hormat' dengan latar belakang gunung tersebut.

"Kami ambil tahu mengenai sejarah gunung itu. Kami juga berikan penghormatan," kata Jaylene.
ot;1" />
Powered by Blogger.