Berita Terkini
recent

Miley Cyrus Mengaku Menyesal Telanjang

Beberapa tahun lalu, bintang kontroversi Miley Cyrus, 24, mencuri tumpuan dunia menerusi aksinya berbogel dalam video muzik Wrecking Ball.

Baru-baru ni, alter ego Hannah Montanah ini mengakui bahawa dia menyesal dengan aksinya itu.

"Saya tidak pernah hidup seperti itu," katanya ketika tampil dalam program Zach Sang Show.

Miley berkata demikian ketika ditanya mengenai pencapaian dan evolusi beliau sepanjang kariernya serta impak deretan lagu hitsnya dari tahun 2013-2017.

Meskipun sudah menyesal, penyanyi yang baru saja muncul dengan single terbaharu berjudul Malibu ini mengaku dia tidak dapat melupakan video tersebut.

Apatahlagi video berkenaan menjadi tular sekitar tiga tahun lalu.

"Saya sepatutnya fikir berapa lama perkara ini akan terus menghantui saya.

"Ia adalah mimpi ngeri yang paling teruk. Dan lagu itu akan dimainkan semasa pengebumian saya - itu akan menjadi mimpi ngeri saya yang paling teruk," tuturnya.
Powered by Blogger.