F Micky Yoochun Tukar Lokasi Majlis Perkahwinan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Micky Yoochun Tukar Lokasi Majlis Perkahwinan

PELAKON dan penyanyi Micky Yoochun yang mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Hwang Hana terpaksa menukar lokasi majlis mereka.

Tindakan itu selepas dimaklumkan bahawa peminat-peminatnya mula menempah bilik di hotel berkenaan selepas mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

Dia yang juga ahli kumpulan JYJ membuat keputusan melangsungkan perkahwinan secara sederhana di sebuah lokasi rahsia di kawasan Gangnam.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap pelakon tersebut sudah tidak mempunyai peminat selepas terkait dengan beberapa skandal seks.

"Tiada siapa yang peduli tentang perkahwinan mereka. Saya masih tidak percaya sama ada dia masih ada peminat.

"Kalau tidak mahu diserbu peminat, berkahwin sahaja di luar negara," ujar netizen.


ot;1" />
Powered by Blogger.