Berita Terkini
recent

Mel juara Rockanova musim pertama

MENEPATI ramalan ramai, peserta dari Johor, Mel diumumkan sebagai juara Rockanova musim pertama.

Kemenangan Mel nama sebenarnya, Malisa Janudin, 33, melayakkannya untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,000 beserta trofi.

Tempat kedua dimenangi Azmi Khan Setapar atau Azmi dengan membawa pulang wang tunai RM40,000 berserta trofi.

Zarith Sofia Mohd Yasin (Zarith) dan Sri Diana Amir Bashah (Dian) masing-masing terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan keempat.

Rockanova musim pertama dipancarkan secara langsung di Astro Prima dan Maya HD dari Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur, 9.30 malam tadi.

Selain persembahan hebat para finalis bertanding, Rockanova final turut menampilkan Datuk Ramli Sarip, Sahara Yaacob dan Wings sebagai penyanyi undangan.
Powered by Blogger.