F Masalah saraf memaksa Aaron rehat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Masalah saraf memaksa Aaron rehat

Pelakon popular Aaron Aziz terpaksa berehat seketika daripada berlakon apabila mengalami sakit saraf ‘cervical facet arthritis’ di bahagian leher, baru-baru ini.

Aaron, 41, berkata, pada 2015 dia pernah mengalami masalah yang sama ketika menjalani penggambaran filem Suamiku Encik Perfect 10.


“Baru-baru ini ia menyerang kembali selepas saya mengangkat anak bongsu, Dahlia ketika bermain dengannya.

“Saya tersalah angkat dan sakit itu datang semula. Saya sudah ke hospital dan doktor memaklumkan ada saraf terperangkap di celah tulang belakang bahagian leher,” katanya.

Aaron berkata, buat masa ini dia tidak boleh menoleh kerana sakit. Bagaimanapun, sakit itu berkurangan selepas doktor memberikan ubat untuk mengurangkan bengkak di bahagian saraf.

“Jika berdiri atau duduk selama sejam sakit itu akan datang semula. Selepas baring, barulah saya berasa lega.

“Doktor juga menasihatkan saya supaya lebih banyak berbaring, tidak mengangkat benda berat atau melakukan senaman lasak sehingga saya pulih sepenuhnya,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran filem Tik Tik Tik di Chennai, India.

Aaron berkata, ketika pertama kali mengalami masalah itu, dia terpaksa berehat selama lapan bulan.

Pada 2013, Aaron pernah terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran program realiti TV Fear Factor Malaysia.

Selain itu, dia juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika penggambaran.
InstaForex
Powered by Blogger.