F Makan minum perlu disuap | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Makan minum perlu disuap

Seorang warga emas di Kampung Kubang Batang, di sini hanya mampu terbaring selepas menghidap sakit saraf, dua tahun lalu.

Suaminya, Zakariah Abdullah, 69, berkata, anggota badan isterinya, Hamidah Abdullah, 62, lemah sejak menghidap penyakit itu.

Menurutnya, sejak itu segala urusan harian, termasuk makan minumnya perlu disuap.

Katanya, dia bersyukur kerana anak-anak ada di sisi membantu menguruskan ibu mereka.

"Anak-anak ada bantu saya uruskan mak mereka. Nak mandi kena usung kerana dia tak boleh berjalan.

"Waktu makan pula kami gilir-gilir suapnya tapi dia kurang selera makan. Mujurlah susu khas dia dapat minum, biasanya tiga tin sebulan perlu disediakan untuknya," katanya ketika dikunjungi Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sebelum itu, Mohd Puad merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang.

Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.

Mohd Puad berkata, program turun padang mendekati akar umbi yang dilakukan oleh Umno Tumpat memberi kesan pada rakyat.

"Amat sesuai dengan pendekatan yang mahu diteruskan parti dan kerajaan, sentiasa menjadikan denyut nadi itu sebagai perjuangan penting," katanya.

Sempena kunjungan itu, turut disampaikan sumbangan wang dan barang keperluan seperti lampin pakai buang.
ot;1" />
Powered by Blogger.