F Majlis penggiat seni bersama PM kecoh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Majlis penggiat seni bersama PM kecoh

GAMAT dan kecoh seketika majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini apabila berlaku satu insiden memalukan.

Difahamkan insiden memalukan itu berlaku dihadapan Najib apabila seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi bersama selebriti dalam program berkenaan.

Sementara itu menurut laporan Malay Mail Online, kejadian tersebut bermula apabila penerbit filem itu bertindak merampas pembesar suara daripada moderator, Datuk Rosyam Nor.

Tindakan itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.

Kedua mereka kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

Pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.
ot;1" />
Powered by Blogger.