F Mahu Bilik Kasut Sendiri Dalam Istana Kensington | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Mahu Bilik Kasut Sendiri Dalam Istana Kensington

Bintang drama bersiri Suit, Meghan Markle, dikatakan 'mendesak' kekasihnya Putera Harry, untuk memberinya kehidupan yang lebih mewah daripada kehidupan yang dijalani Kate Middleton bersama Prince William.

Memetik laporan National Enquirer, Meghan merancang mahu membuat perubahan di dalam istana Kensington walaupun dia masih belum bertunang ke Prince Harry.

Aktres berusia 35 tahun itu kononnya meminta Putera Harry membina sebuah bilik besar hanya untuk menyimpan kasut-kasutnya.

Meghan dikenali sebagai seorang "kasut fanatik" dan dia mahu sebuah almari kasut yang "besar" untuknya di dalam istana.

"Ia mungkin akan kelihatan seperti sebuah kedai kasut yang besar," dedah sumber.

Bagaimanapun setakat ini, wakil pihak Meghan mahupun jurucakap Istana Kensington tidak memberikan sebarang komen mengenai laporan itu.

Meghan dan Putera Harry mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2016.

Sekitar November tahun lalu, Prince Harry mengesahkan hubungan mereka dan menyatakan dia sudah bersama pelakon itu sejak "beberapa bulan". Selain itu beliau uga membuat kenyataan meminta mana-mana pihak berhenti menganggu dan mengkritik Meghan serta keluar teman wanitanya itu.
ot;1" />
Powered by Blogger.