Berita Terkini
recent

Mahu Bawa Lara Solat Tarawih

Kedatangan Ramadan pada tahun ini sangat dinantikan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari kerana mereka ingin membawa Lara Alana melakukan solat tarawih bersama-sama.

Memetik laporan mStar online, Scha dia ingin mendedahkan kepada anaknya itu tentang amalan dan keseronokan bulan Ramadan.

"Tahun ini kali pertama saya akan bawa Lara sembahyang terawih bersama-sama kerana ingin memberinya pengalaman dan merasai keindahan Ramadan.

"Mungkin dia masih kecil dan agak lasak selain belum boleh memahami tetapi tak mengapa kerana dari kecil kita kena dedahkan.

"Ia juga sebagai memori untuk kami anak-beranak apabila dia besar nanti," katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata, selain ingin memberikan tumpuan kepada ibadah, bulan Ramadan ini juga dia akan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Tiga Dara arahan Dira Abu Zahar.

Selain itu, Scha bersama Awal juga akan mengambil peluang bagi mempromosikan koleksi hari raya mereka bersama peminat selain menghadiri acara-acara berbuka puasa.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.