F Lelaki Tak Berani Dekat Sebab Sikap Kasar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Lelaki Tak Berani Dekat Sebab Sikap Kasar

Aktres Izreen Azminda, 32, mengakui tidak ramai lelaki berani mendekatinya dalam untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius hanya kerana sikapnya yang kasar dan kelihatan serius.



Memetik laporan mStar online, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun berkata, perkara itu tidak mengganggu fokus kehidupannya apatah lagi untuk menjadi orang lain hanya semata-mata bagi mendapat perhatian seorang lelaki.

"Benar, secara zahirnya kasar itu memang diri saya namun kalau didekati secara peribadi, anda akan kenal, Izreen Azminda sebenarnya mempunyai perawakan yang romantik, suka dimanja dan kalau boleh sentiasa mahu dilayan seperti seorang princess," ujarnyan.

Pun begitu kata Izreen, perkahwinan bukanlah menjadi fokus utamanya buat masa sekarang kerana dia begitu sibuk dengan urusan seni dan perniagaan wangian 'Lurve Me Perfume by Izreen Azminda'.

"Kalau ada... adalah, saya tidak pula mencari," ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Izreen ini baru sahaja dilantik sebagai duta kempen 'Daripada Ibu Kepada Ibu bersama P&G dan Food Aid Foundation'.

Menerusi kempen tersebut, Izreen akan bersama-sama menjelajah dari negeri ke negeri membantu meringankan beban golongan ibu tunggal bersempena menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

Powered by Blogger.