Berita Terkini
recent

Lelaki ditembak di Thailand stabil

Warga Malaysia yang ditembak dalam pergaduhan di Sungai Golok, Thailand pada Sabtu lalu dilapor semakin stabil.
 
Lelaki berusia 46 tahun itu yang berasal dari Kampung Atas Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini dilapor cedera di tangan kanan dan kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
 
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti punca kejadian.
 
"Mangsa dipercayai berada di kawasan terbabit bersama dua rakannya untuk membincangkan urusan perniagaan yang dijalankannya di Kemboja," katanya hari ini.
 
Mangsa dilapor ditembak di sebuah pusat hiburan di Jalan Chaoreanket, Sungai Golok.
 
Dia dikejarkan ke Hospital Sungai Golok sebelum dipindahkan ke HUSM.
Powered by Blogger.