Berita Terkini
recent

Lee Min Ho Rasmi Mulakan Khidmat Sosial Hari Ini

Bintang terkenal Hallyu, Lee Min Ho, rasmi memulakan latihan ketenteraan hari ini.

Bagaimanapun, pelakon The Legend of The Blue Sea dan Heirs ini bukan sebagai tentera aktif, sebaliknya dia akan menjalankan khidmat negara sebagai pekerja sosial selama dua tahun di daerah Gangnam.

Tak seperti pelatih lain yang memulakan tugas dengan mengenakan baju rasmi latihan tentera, berbeza dengan Min Ho, dia terus bertugas sebagai pekerja sosial di hari pertama latihan ketenteraan.

Bintang berusia 29 tahun ini datang ke pusat pendaftaran dengan mengenakan pakaian kasual yang kemas dan topeng (masker) yang menutupi sebahagian wajahnya.

Kedatangannya disambut oleh ratusan peminat dan sekumpulan wakil media di depan pejabat di Gangnam.

Kekasih Suzy ini sempat lagi menyapa kamera dan peminat satu persatu. Bahkan aktor ini turut berjabat tangan dengan para peminat yang telah menunggunya.

Status Lee Min Ho sebagai pekerja khidmat sosial kerana kecederaan serius yang pernah dialaminya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sekitar tahun 2006.

Akibat kemalangan tersebut, dia mengalami patah pergelangan kaki dan satu rod logam telah dimasukkan ke dalam kakinya. Disebabkan faktor kesihatan, dia mendapat pengecualian menjalani khidmat sebagai tentera aktif.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.