F Khai Bahar akui peminat sayangkan dirinya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Khai Bahar akui peminat sayangkan dirinya

Pendatang baru, Khai Bahar menggangap sokongan peminat sebagai tonggak kejayaan selepas hampir setahun mencipta nama dalam industri hiburan.

Atas faktor itu, penyanyi berusia 23 tahun ini enggan ambil peduli apabila ada yang mempertikaikan kemenangannya sebagai Artis Baharu MeleTOP semasa Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017), baru-baru ini.

"Saya percaya peminat sayangkan saya. Kalau tak sayang, mereka (peminat) tak kisah pasal saya dan tak akan undi saya.

"Dan... saya juga tak akan pegang award itu, bahkan saya masih lagi tak percaya sampai hari ini.

"Jadi, tanpa peminat, saya bukanlah sesiapa," katanya pada media selepas melancarkan produk wangiannya, Bayang by Khai Bahar yang dikeluarkan oleh Rises Perfumes, semalam.

Mengulas lanjut, penyanyi berusia 23 tahun ini berkata,  kemenangannya pada anugerah itu bersandarkan undian peminat dan populariti yang diraih menerusi lagunya, Bayang.

Malah, anak kelahiran Kangar, Perlis ini meminta peminat agar tidak membanding-bandingkannya dengan pendatang baru yang seangkatan dengannya.

"Sudah tercalon dalam Top 5, pun saya dah bersyukur. Tapi, apabila menang, saya anggap ia rezeki saya. Saya sendiri tak menyangka akan menang dan macam tidak percaya.

"Kemenangan ini bukanlah untuk saya seorang tetapi untuk semua.

'Bagi saya, penyanyi baru ketika ini bersaing secara sihat dan peminat juga bebas untuk suka sesiapa saja," katanya.

Pada AME 2017, Khai yang mencipta nama menerusi aplikasi Smule, menewaskan penyanyi kegemaran ramai, Aiman Tino selain Mat Dan dan Nadya Shaheera yang menjadi saingan utamanya.

Dalam pada itu, meluaskan lagi skop kerjaya, Khai turut dilantik sebagai duta minyak wangi, Bayang by Khai Bahar yang dkeluarkan secara edisi terhad.

"Saya terima tawaran ini sejak bulan lalu.

"Saya rasa ini satu  peluang baru yang tak boleh dilepaskan.

"Mungkin, saya akan menceburi bidang bisnes pula, selepas ini," katanya.

Bayang By Khai Bahar dikeluarkan oleh Rises Perfume yang dijual dengan harga RM90 bagi botol bersaiz 30 milimeter.
ot;1" />
Powered by Blogger.