Berita Terkini
recent

Kecam Israel: Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara

Pemimpin senior Hamas (Palestin) Sami Abu Zuhri, melahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Korea Utara ekoran kecaman keras pimpinan Kim Jong-un terhadap negara haram, Israel.

"Hamas menghargai kenyataan Korea Utara, di mana ia menyokong perjuangan Palestin dan menolak sikap penjajah," kata Abu Zuhri menerusi akaun Twitternya, lapor al-Araby.

Sebelum ini, Kim Jong-un mengecam Israel dan berkata, 'Israel satu kutukan di Timur Tengah' dan menolak sikap besar kepala Israel 'yang suka menjajah'.

Sehari sebelum itu, jurucakap Kementerian Luar Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan menghentam Israel sebagai membalas dendam kenyataan Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman, yang mengelar Kim Jong-un 'orang gila'.

"Israel adalah satu-satunya pemilik haram senjata nuklear yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) tetapi Israel menyerang Korea Utara untuk memiliki senjata nuklear," petik kenyataan Kementerian Luar Korea Utara.

Menerusi kenyataan itu lagi, Kementerian Luar Korea Utara menyatakan sokongan sepenuhnya di atas perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula wilayah yang diduduki dan mewujudkan sebuah negara merdeka dengan menjadikan Baltulmaqdis sebagai ibu negaranya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.