F Karya 'makan dalam' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Karya 'makan dalam'

JIKA sesetengah penggiat filem senang menghasilkan filem seram, aksi, romantis atau komedi, tapi lain pula dengan pengarah prolifik ini yang sebenarnya mahu menghasilkan pelbagai genre filem.

Biarpun lebih dikenali dengan penghasilan filem komedi, namun jauh di sudut hati Mamat Khalid, dia mahu menghasilkan karya yang kelak akan menjadi kebanggaan generasinya.

Dan untuk permulaan, pengarah berusia 54 tahun ini mempertaruhkan sebuah filem kerohanian, Lebuhraya Ke Neraka.

Filem yang dibintangi Datuk Awie bersama Shahrizal Jaszle, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, Fatin Syahirah dan Khir Rahman, serta penampilan khas Pekin Ibrahim ini adalah inisiatif Mamat untuk 'menjentik' hati penonton.

Sejujurnya penulis tidak meletakkan harapan besar ketika  melangkah ke malam gala filem ke-15 (keseluruhan filem arahan Mamat kini adalah 17) baru-baru ini. Permulaan filem ini juga santai dan hanya beberapa babak menjentik rasa.

Namun selepas 10 minit, kejadian demi kejadian misteri yang berlaku sedikit sebanyak mengunci perhatian ramai untuk mengetahui dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Mamat di dalam filem ini.

Penulis bersetuju dengan Mamat bahawa filem ini ditayangkan pada waktu yang tepat selepas enam tahun pembikinannya.

Kemunculan Khir biarpun hanya pada kemuncak perjalanan cerita 'meragut' perhatian penulis dan tidak keterlaluan melihat pelakon dan penyanyi itu telah 'over shadow' pelakon utamanya tapi itu tidak bermakna Awie, Shahrizal, Miera, Dazrin dan Fatin tidak bagus, cuma Khir yang terlalu versatile.


Penulis tidak mahu menyentuh aspek imej grafik berkomputernya (CGI) yang turut melatari perjalanan cerita ini kerana ia hanya sekadar membantu beberapa babak.

Namun seperti penjelasan Mamat dalam sidang medianya, ada beberapa babak diwujudkan berdasarkan imaginasi Bob (Awie) dan tidak meniru atau merujuk mana-mana filem.

Jadi sekiranya anda melihatnya sama, jawapan Mamat ia diselitkan atas dasar kesesuaian jalan cerita dan suka-suka.

Apa yang mungkin sama filem ini dengan karya terdahulu adalah, babak yang mengandungi metafora untuk memberi ruang kepada penonton berfikir dan memahami mesejnya.

Secara keseluruhan, penulis melihat Lebuhraya Ke Neraka adalah antara hasil terbaik Mamat Khalid setakat ini.

ot;1" />
Powered by Blogger.