F Johan Risau Zizan Belum Kahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Johan Risau Zizan Belum Kahwin

Pelakon dan pelawak Zizan Razak, 33, mengakui teman baiknya, Johan Raja Lawak, risau melihat keadaan beliau yang belum lagi bertemu jodoh.

Memetik laporan BH online, Zizan berkata Johan yakin kehidupannya akan lebih teratur apabila beristeri kelak.

"Johan pernah memberitahu tidak mahu melihat saya solo sampai ke sudah. Dia yakin kehidupan saya akan lebih teratur dengan adanya isteri di sisi.

"Nak buat macam mana, apabila bercakap mengenai jodoh, semua ini urusan Allah. Saya berserah dan setakat ini saya masih solo," katanya.

Tambah Zizan, sementara menantikan jodoh sesuai, beliau mahu menumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya selain memperbaiki diri dalam usaha menjadi umat Islam yang lebih baik.
ot;1" />
Powered by Blogger.