Berita Terkini
recent

J.Lawrence Tak Akan Minta Maaf Aksi Menari Tiang, Tanggal Baju

Baru-baru ini kecoh mengenai sebuah video yang memperlihatkan tingkah 'gila' Jennifer Lawrence (J.Lawrence) di sebuah kelab malam, Beverly Hills Club di Vienna, Autsria.

Dalam video yang beredar di internet itu, Jennifer Lawrence kelihatan dalam keadaan mabuk dan menari di sebatang tiang.

Memetik laporan media antarabangsa, bintang The Hunger Games: Mockingjay itu mengunjungi kelab tersebut, bulan lalu. Dia ketika itu menjalani penggambaran filem terbarunya, 'Red Sparrow'

Bukan setakat aksi menari tiang, Lawrence dilaporkan menanggalkan bajunya dan hanya mengenakan bra berwarna hitam.

Menerusi akaun Facebook miliknya, aktres berusia 26 tahun itu membuat penjelasan mengenai isu tersebut.

"Ketika itu adalah ulang tahun sahabat saya, dan saya ingin berseronok. Saya tidak akan minta maaf. Malam itu sangat menyenangkan," tulisnya.
Powered by Blogger.