Berita Terkini
recent

Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat

Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah masjid selepas solat Jumaat tadi.

Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru.

Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

"Lokasi: Austin Perdana, Johor Bharu. Info awal: Kes hon kereta tanpa henti ketika solat jumaat," petik kenyataan keterangan di sebalik video kekecohan berkenaan menerusi Facebook Malaysian Response Team.

Sehingga kini video yang berdurasi sekitar 1:10 saat tersebut ditonton lebih 542,000 selepas sejam dimuat naik.

Sementara itu, memetik laporan Malaysian Digest, jemaah masjid berkenaan mengesahkan kejadian tersebut dan laporan mengenai insiden itu dibuat di balai polis Setia Indah.

Memetik laporan sama, jurucakap polis Setia Indah mengesahkan menerima laporan berhubung insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat.

Powered by Blogger.