F Jarang dia salam dan peluk: Bapa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Jarang dia salam dan peluk: Bapa

Tiga rakan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhadapan  Stesen Minyak Petron, Jalan Malim, Taman Cheng Bistari pagi tadi dalam perjalanan ke Kolej Matrikulasi di Masjid Tanah di sini, menurut bapa seorang daripada remaja itu.

Badrul Hisham Ismail, 52, berkata anaknya  Mohd Aiman Hakim, 19, anak kedua daripada enam beradik keluar pada kira-kira 7.30 pagi untuk pergi ke kolej berkenaan bagi mengambil keputusan Malaysian University English Test (MUET).

Beliau berkata, anaknya itu merupakan pelajar dalam jurusan Sains Fizikal memaklumkan niatnya untuk mengambil keputusan ujian berkenaan kepada ibunya Anisah Ali, 49, malam tadi.

"Dia (Mohd Aiman Hakim) kata nak pergi ke Matrikulasi Londang dengan kawannya... isteri bagitau malam tadi dia salam dan peluk... jarang dia buat macam tu. Dia juga bersalam dengan saya seperti biasa sebelum saya ke tempat kerja pagi tadi," kata pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun itu ketika ditemui, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.25 pagi tadi, Mohd Aiman Hakim,  Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19 dan Mohamad Shawal Abdul Razak, 19,  maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta dalam hujan lebat.

Badrul Hisham berkata, dia dan keluarga dimaklumkan tentang kemalangan menimpa anaknya itu oleh anggota polis yang datang ke rumah mereka di Bukit Baru kira-kira 12 tengah hari tadi, dan menurutnya walaupun sedih, mereka reda dengan pemergian anaknya itu.

Katanya anaknya itu yang bekerja sementara sebagai jurujual separuh masa di sebuah pusat beli-belah di bandaraya sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran, seorang anak yang baik dan sentiasa memaklumkan kepadanya jika hendak keluar.

Sementara itu, Marizon Wahab, 44, ibu kepada  Mohamad Shawal, berkata dia berasa tidak 'sedap hati' selepas cubaan menghubungi anaknya itu beberapa kali gagal kira-kira pukul 2 petang tadi, sebelum dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

"Aiman datang ambil dia di rumah  dan makcik pun ada pesan padanya supaya bawa kereta elok-elok sebab hujan.

"Dia (anak) kata nak keluar sekejap teman kawan ambil sijil," kata ibu tunggal itu yang tinggal di Bukit Baru di sini.
ot;1" />
Powered by Blogger.