F Jamal Mahu Bikin Drama Tentang Penagihan Dadah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Jamal Mahu Bikin Drama Tentang Penagihan Dadah

Raja pop Datuk Jamal Abdillah berhasrat menerbitkan drama bersiri berkisar masalah sosial termasuk penagihan dadah untuk tatapan masyarakat.

Memetik laporan Harian Metro, Jamal, 57, meluahkan hasrat berkenaan selepas ditanya perancangan sama ada mahu kembali semula berlakon di layar lebar.

Jamal berkata, hajat itu sememangnya sudah dirancang sekian lama dan kini tibalah masanya dia berkongsi perjalanan hidupnya dalam industri hiburan.

Menurut Jamal, perancangan pembikinan drama bersiri itu kini berada di fasa kedua selepas fasa pertamanya menjayakan konsert tiga suara bergabung bersama Zamani Slam dan Ameng Spring di Istana Budaya pada 22 hingga 25 September tahun lalu.

“Sebenarnya ketika ini saya merancang berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan hasrat penerbitan ini tetapi belum berkesempatan," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.