Berita Terkini
recent

Izara Aishah Maafkan Individu Yang Aibkan Dirinya

Hari ini nama Izara Aishah cukup hangat diperkatakan.  Ini kerana telah viral video yang menunjukkan Izara menghadiri satu majlis pertunjukkan fesyen dengan gaya yang cukup seksi.

Menurut Izara, video tersebut adalah video lama yang baru kini disebarkan.  Pada mulanya video tersebut disebarkan melalui Whatsapp dan kini disebarkan pula di media sosial secara meluas.

Sehubungan itu, Izara telah tampil meminta maaf secara terbuka sekali lagi di Instagram miliknya.

Sebelum ini Izara juga pernah berpakaian seksi dalam satu majlis pertunjukan fesyen dan juga telah meminta maaf.

Jelas Izara seperti yang dipetik di Instagramnya;



izaraaishahofficialSaya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan.

Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua.  Ever since then (maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan.

Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul.

Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.




Tambah Izara dia bertanggungjawab di atas kelemahan dan kecuaiannya itu.  Oleh yang demikian dia meminta maaf kepada semua yang tidak senang dengan kelemahannya itu.

Izara juga menganggap ini adalah ujian dari ALLAH pada dirinya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.