F Isu Kena Halau : Itu Bukan Fitnah - Fasha Sandha | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Isu Kena Halau : Itu Bukan Fitnah - Fasha Sandha

Aktres Fasha Sandha menerusi laman Instagram miliknya memuat naik satu kenyataan mendedahkan beliau telah dihalau dari sebuah majlis atas desakan satu lagi pihak lain yang mendakwa akan menarik diri jika dia terus ada di majlis berkenaan.

Status tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dan ribuan komen daripada penggguna media sosial.

Mengikut turutan peristiwa yang dikongsikan oleh Fasha, jutawan kosmetik Nur Sajat telah memaklumkan mengenai permintaan satu pihak tersebut yang tidak mahu Fasha berada di majlis yang sama.

Namun pihak penganjur menghubungi  Nur Sajat semula dan menjelaskan bahawa perkara tersebut hanyalah salah faham.

Fasha juga ada memuatnaik kenyataan balas dan bersumpah kejadian yang menimpanya pada majlis berkenaan benar benar terjadi, sekaligus menafikan dakwaan pihak berkenaan yang menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah fitnah semata.

Tambah Fasha, dia tidak akan hadir langsung pada majlis yang berkaitan dengan individu berkenaan pada masa hadapan.

Powered by Blogger.