Berita Terkini
recent

Irma Hasmie Tiada Perancangan Tambah Anak

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengacara wanita terkenal, Irma Hasmie.  Irma menyatakan bahawa dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan dan lebih selesa menjadi pengacara.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun dia ada menerima pelbagai tawaran berlakon drama bersiri.

“Saya tidak mahu terlepas detik penting bersama anak. Kalau boleh saya mahu mereka membesar depan mata.

“Keutamaan saya adalah keluarga. Ikutkan hati memang rindu berlakon drama bersiri tetapi status saya sekarang bukan lagi macam dahulu,” katanya.

Ibu kepada Redza Syah Irfhan,4 dan Irma Nur Naylie, 3, ini lebih gemar untuk mengacara kerana waktu bekerja tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Buat masa ini Irma berkata, dia mahu fokus kepada kedua-dua anaknya dan mahu melihat mereka membesar dan mendidik mereka sebaik mungkin.

“Saya tiada perancangan menambah cahaya mata. Bagi saya fokus pada dua permata ini dulu. Saya tidak mahu orang berkata ada anak yang ramai tetapi gagal jadi ibu yang baik.

“Lagipun, komitmen saya sekarang padat apabila berniaga tudung. Selepas hampir enam tahun menjadi duta jenama tudung popular, saya terbuka hati untuk memulakan perniagaan tudung tahun ini. Saya mulakan dengan memperkenalkan dua koleksi tudung sarung dan alhamdulillah mendapat permintaan yang tinggi,” ujarnya lagi.

Untuk info, pertemuan Irma dan suaminya, Redza Syah ketika menjalani ibadah umrah telah menyatukan mereka sebagai suami dan isteri. Irma dan Redza bernikah bulan Jun 2012 dan hanya dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami dan isteri.
Powered by Blogger.