F Intan Ladyana Serik Cakap Soal Cinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Intan Ladyana Serik Cakap Soal Cinta

Dek kerana kegagalan dalam percintaan sebelum ini, aktres Intan Ladyana membuat keputusan untuk tidak lagi bercerita tentang peribadi dan hubungan percintaannya dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun, Intan, 35, berkata, dia akan memberitahu dan bercerita tentang perkahwinannya jika ia sudah benar-benar pasti.

"Insya-Allah, saya tidak mahu cakap apa-apa, doakan sahaja yang terbaik. Saya dah serik bercakap soal ini dan belajar daripada pengalaman lalu.


"Kalau orang tahu, tahulah, jika betul-betul ingin berkahwin nanti barulah saya beritahu," ujarnya.

Intan sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Kamal Adli selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2014.

Pelakon Jangan Pandang Belakang itu ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Astro 2017 di Dataran Wau, Kompleks Kraf, di sini, Selasa.

Sementara itu, Intan yang menghilang selama dua tahun memberitahu dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon.

Namun, dia mengakui memilih skrip dan naskhah yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

"Hampir dua tahun juga saya berehat daripada terlibat dengan dunia lakonan. Saya ambil masa itu untuk berehat dan fokus kepada perniagaan.

"Saya sekarang sibuk menguruskan minyak wangi dan Insya-Allah akan dilancarkan pada Ramadan ini," ujarnya.
InstaForex
Powered by Blogger.