F Ingatkan Kanser Serviks, Rupanya Mengandung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ingatkan Kanser Serviks, Rupanya Mengandung

Kerisauan pelakon Ezzaty Abdullah yang menyangka dirinya mungkin mengidap kanser serviks rupanya bertukar menjadi berita paling gembira buat dirinya apabila disahkan hamil.

Menurut Ezzaty atau nama sebenarnya Ezzaty Abdullah, 27, dia terkejut dan sebak apabila mendapat tahu dirinya bakal bergelar ibu selepas membuat pemeriksaan doktor, kira-kira tiga minggu lalu.

"Sebenarnya saya sudah 45 hari tak datang bulan dan suami yang asyik suruh saya buat test sendiri. Mulanya saya tak mahu buat sebab sebelum ini saya pernah 40 hari tak datang bulan tapi bukan sebab mengandung.

"Disebabkan period saya tidak teratur, saya ingatkan saya mengidap penyakit kanser serviks. Tapi suami tetap minta saya buat test sendiri dan saya buat, keputusan positif. Kemudian saya.terus membuat pemeriksaan doktor dan saya disahkan hamil sembilan minggu.

"Saya terkejut dan menangis namun bersyukur kerana bakal jadi ibu tidak lama lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Astro, bertempat di Kompleks Kraf, pada Selasa.

Pelakon drama Hello Mr. Perfect ini mendirikan rumah tangga dengan Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.

Dalam pada itu, Ezzati berkata dia tidak memikirkan soal jantina kerana apa yang penting baginya, cukuplah bayinya lahir sempurna sifat dan sihat.

Namun katanya, dia dan Azwan sudah memilih beberapa nama untuk bakal cahaya mata mereka.

"Tak kisah anak lelaki atau perempuan janji dia sihat. Tapi kami sudah ada beberapa nama pilihan untuknya. Nama yang ringkas saja dan punya makna yang baik," tuturnya yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya pada 8 Disember depan.

Berkongsi pula serba sedikit mengenai pengalaman hamil, Ezzati berkata dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk. Sebaliknya, 'penderitaan' itu berpindah kepada suaminya.

"Allhamdulillah, saya tidak kena alahan yang teruk. Cuma Azwan, dia yang kerap muntah-muntah, "katanya.

Tambahnya Ezzati lagi, dia merancang untuk berehat sepanjang tempoh kehamilan sehingga tamat tempoh berpantang.

"Saya baru selasai penggambaran drama Megat Extend. Lepas raya saya akan jalani penggambaran selama lima hari untuk filem yang bertajuk Kalah.

"Selesai selesai penggambaran tersebut saya akan berehat panjang sehingga lah tamat tempoh berpantang nanti," katanya yang akan berpantang selama tiga bulan.
ot;1" />
Powered by Blogger.