Berita Terkini
recent

Hyuna Jawab Isu Ketengah Konsep 'Threesome', Gejala Dadah

Beberapa tahun selepas pembubaran kumpulannya 4Minute, penyanyi seksi dan kontroversi, HyunA kembali menghangatkan industri hiburan KPop menerusi kumpulan baharunya diberi nama Triple H.

Bersama dua lagi anggota, iaitu Hui dan E'Dawn (Pentagon), trio ini pantas menjadi bualan hangat peminat ekoran konsep video muzik mereka yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Menerusi video muzik bertajuk '365 Fresh', memaparkan kisah tiga remaja yang terlibat denan percintaan tiga segi. Mereka kemudian memutuskan untuk menjalani hidup dengan bebas, mulai dari mengamalkan pengambilan ubat-ubatan terlarang, mencuri, hingga pada akhirnya bunuh diri.

Video Muzik tersebut mendapat pelbagai reaksi sekaligus kritikan daripada netizen. Banyak yang mengecam Hyuna, Hui dan E'Dawn yang seolah-olah galak mempromosikan dadah dan kegiatan bunuh diri.

Ketika ditemubual dalam sebuah program terbitan MBC baru ini ini, HyunA membuka mulut mengenai kontroversi tersebut. Menurut Hyuna, sejak dari awal lagi dia sudah menjangkakan bahwa tidak semua golongan peminat akan menerima konsep video muzik itu

"Rasanya pasti tak mungkin muzik video ini akan disukai oleh semua orang. Kami ingin mencuba sesuatu yang baru. Kerana tema kami adalah 'masa muda', jadi kami cuba mengekspresikan ketidakstabilan diri di usia muda dengan cara kami," ungkap HyunA.

Kenyataan Hyuna itu mendapatkan kritikan daripafda netizen. Apa pun alasannya, netizen merasa video muzik'365 Fresh' tidak patut untuk dilancarkan. Ini kerana kebanyakan peminat dari Triple H adalah remaja dan secara tidak langsung ia memberi pengaruh buruk.

"Kamu adalah seorang penyanyi. Seharusnya kamu menyanyi saja daripada menghasilkan video erotik," tulis seorang netizen.

"Lupakan sejenak hal-hal berbau seksual. Apa dia ingin kita fikir kalau bunuh diri, dadah dan hal-hal jenayah itu adalah sesuatu yang boleh diterima?" komen seorang lagi netizen.
Powered by Blogger.