F Hospital bagi topeng jika malu ke hospital | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Hospital bagi topeng jika malu ke hospital

Bagi menggalakkan wanita menjalani ujian pap smear, hospital di wilayah Kamphaeng Phet melancarkan satu kempen kreatif iaitu dengan memberikan topeng muka bagi mereka yang malu untuk menjalani ujian berkenaan.

Kempen 'the mask pap smear' yang telah berjaya menarik lebih ramai wanita menjalankan ujian mengesan kanser serviks dan payudara itu memberikan wanita penutup muka bagi mengurangkan rasa malu dan janggal.

Datuk Bandar organisasi pentadbiran Sakaeo Tambon, Suwan Supakitcharoen berkata, bilangan wanita yang sanggup menjalani ujian pap smear untuk kedua jenis kanser setiap tahun amat rendah, dan kira-kira 8-9 peratus daripada wanita berusia 30 - 70 tahun berasa malu untuk mendedahkan bahagian sulit mereka kepada kakitangan perubatan.

"Bagi mengatasi masalah itu, Suwan berkata, kerajaan tempatan dan hospital Tambon Nong Klod, dengan sokongan kewangan dari Dana Insuran Kesihatan memperkenalkan topeng untuk diberi kepada wanita supaya kakitangan perubatan tidak melihat muka mereka dan ia dapat membuatkan wanita akan berasa lebih yakin.

Sementara itu, Pengarah Hospital Tambon Nong Klod, Pornthip Pongsal mengakui amat sukar untuk meyakinkan wanita untuk menjalani ujian pap smear kerana kebanyakan takut atau berasa malu untuk membuka pakaian di hadapan doktor.

"Tetapi selepas wanita diberi topeng untuk dipakai, dia berkata bahawa lebih ramai wanita sanggup mengambil ujian, dengan purata 40-50 kes setiap hari," katanya diperik Thaipbs.

Salah seorang wanita yang mengambil ujian berkenaan, Wanpen Sapcharoen, 50, berkata dia berasa lebih yakin untuk mengambil ujian selepas memakai topeng.
InstaForex
Powered by Blogger.