F Hos ABPBH30 kerja keras | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Hos ABPBH30 kerja keras

Ketika ini ramai peminat tengah teruja nak tengok malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-30 (ABPBH30).

Acara berprestij itu akan berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), mulai jam 9 malam esok (Ahad) disiarkan menerusi TV3.

Ketika ini senarai nama Top 5 sudah pun diketahui dan antara yang tercalon banyak kategori adalah Alif Satar dan Neelofa.


Dalam pada itu, tumpuan juga Papa lihat diberikan kepada tiga hos utama iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Faizal Ismail (FBI) dan Zulin Aziz.

Maklum sajalah celoteh dan gimik mereka akan pasti menceriakan malam hebat bertemakan Futuristik itu.

Papa juga ingin kongsi di sini foto kandid mereka ketika sesi penggambaran dengan majalah digital ZIP di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata mereka bertiga ada keserasian dalam mengendalikan majlis itu walaupun pertama kali digabungkan.

Papa dengar Zulin akan menjadi ‘mangsa buli’ Ogy dan FBI akan bertindak meneutralkan mereka. Itu semua hanyalah sekadar gimik agar penonton terhibur kelak.

Barisan artis yang akan membuat persembahan juga hebat-hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat, Elly Mazlein, Khai Bahar, Mawi, Search dan Altimet.

Jadi sama-sana kita tunggu ABPBH30 malam esok beramai-ramai.
InstaForex
Powered by Blogger.